Ramadan datang lagi!



Assalamulaikum Ramadan dan sahabat2 sekalian..

Selamat menghadapi bulan Ramadan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan yg Allah turunkan khusus untuk bulan ini...

Sekadar nak mengajak diri saya sendiri dan sahabat2 sekalian, gunakanlah sebaik-baiknya peluang yg ada pada hari ini, hari-hari dalam bulan Ramadan untuk berbuat sebanyak mungkin amal kebajikan yang kita mampu. Kalaulah sebelum ini, kita selalu tidur lepas subuh, cuba bulan Ramadan ni, kita elakkan tidur..buatlah apa-apa pun yang boleh elakkan kita untuk tidur. contohnya main basikal ke, joging kat luar ke, apa-apa jelah, yang penting jangan dalam bilik, kalau dalam bilik, kononnya nak membaca buku, alamatnya buku jugalah yang akan baca kita nanti, tahu sebab pengalaman sendiri..=)

kalau sebelum ini, kita selalu lepak2, kacau orang kat tepi2 jalan tu, cuba kita tukar stail lain. kita tolong pula orang2 tua nak lintas jalan. tak pasal2 Allah kira satu pahala untuk perbuatan tersebut. Lagi2 pula, Allah berikan ganjaran yang berlipat ganda sebagai bonus kepada kita kerana bulan ini bulan Ramadan.

kalau sebelum ini, kita selalu contact 'pakwe makwe' kita dalam telefon tanya khabar, apa kata kita selalu telepon mak ayah kita tanya khabar, berbuka apa hari ni, kan lebih diutamakan. bagi yang berkesempatan, lebih manis kalau kita sendiri yg masakkan lauk buka puasa untuk mereka. Dah bertahun mereka masakkan 3,4 kali sehari untuk kita sejak kecil, apalah salahnya kita masak 2 kali je sehari di bulan Ramadan ini untuk mereka. Keredaan Allah itukan terletak pada keredaan ibu bapa.

kalau sebelum ini, kita selalu baca komik setiap hari sampai tak tidur, baca Al-Quran kadang2 je, apa kata kita tukar fesyen, kita mula sikit2, kita baca Al-Quran setengah mukasurat setiap hari, pastu satu muka, anjak sikit esoknya, baca 2 muka, dan begitulah seterusnya. yang penting sentiasa istiqamah. Allah tak pandang pada kuantiti, tapi pada niat dan hati seseorang itu.

Diharapkan sahabat2 dapat mengambil sedikit sebanyak apa yang dinukilkan oleh penulis. Penulis masih terkenang ibu saudara yang baru sahaja meninggal dunia pada pukul 4.30 pagi tadi waktu Malaysia yang menghidapi penyakit barah. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh dan yang akan bersama kekasih Allah di Akhirat nanti, amin...minta disedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Siti Fatimah bt Abdul Khatab.

JIKA INI ADALAH RAMADAN TERAKHIR KITA, SEMOGA INILAH MENJADI RAMADAN TERBAIK YANG AKAN KITA HADAPKAN KEPADA ALLAH KELAK DI SANA, AMEEN...

Jazakillahu khaira

p/s:rindu suasana ramadan di malaysia, tapi dapat pengalaman baru di sini...Masyarakat Arab amat memuliakan ramadan sehingga berebut2 menyediakan makanan berbuka di masjid2, dan eidul fitri sekadar bergembira sebentar...tapi selalunya orang malaysia, bila datang ramadan perkara pertama ialah baju raya dan biskut raya..siapa setuju??
(ini adalah pandangan penulis semata2)

0 bicara tetamu:

Facebook