Ini barang baik punya!
| Dia yang berkaca mata, di tengah, vokalis Pop Sundae |
Zenithians sudah punya sasterawan negara.Oh dia hanya mahasiswa seni bina.Serius kalau Syahmi @ Am ini kamceng dengan Sindiket Sol-Jah boleh bikin antologi sendiri.Kalaulah kome layan blogger-blogger sastera indie macam mat jan & the gang tu.
Nama & Tagline - 4.5/5
Saya kira syamietales.blogspot.com begitu cocok dengan tagline/tajuk blog ini,antologi suara aku sendiri.Umpama amaran kepada pembacanya,sila blah jika tak suka gaya empunya blog(terbukti kerana hanya shoutbox tersedia untuk komen bukan komen pada setiap post).Gurau-gurau jela…
p/s:Tengok tajuk tu,terkenang gaya Am jadi deklamator puisi patriotik masa Form 5,namun akhirnya Syeikh Nasrullah Mujadidi juga yang menang.
Content & Communication-3.9/5
Apa ke pelik beno rating ini?Jangan marah Am…
Adapun segara(ya segara!) isi blog ini hanyalah luahan pandangan seorang remaja a.k.a mahasiswa alam bina yang tak dipandang baik kerajaan mahupun pembangkang,namun cukuplah untuk memuaskan nafsu nafsi seantero blogger yang suka blogwalking dan skodeng blog orang lain.Seolah-olah baca blog sinaganaga yang pernah bikin buku Stingarden
He is a good story teller
Cuma manira(again new vocab) rasa molek lagi kalau tuan hamba buka ruang komen pada setiap post. Tidaklah rojak shoutbox yang comel itu dengan segala macam komen berperisa promosi(dan spam yang suka kacau daun).Syukurlah tuan hamba ini istiqamah amat perihal mengemas kini akaun bank blogger dengan entri-entri segar dari ladang dan rajin melayan rakan-rakan yang(kadang-kadang) bertandang di shoutbox yang comel itu
p/s:Itu gara-gara fail yang comel Cikgu Rizuan,hehehe
Teknikal:Layout dll-5/5
Seperti coretan terkininya
Paling best, haha kawan aku yang memang unexpected untuk capai markah agung, dapat A+ dude! Bila aku dengar je lecturer aku sebut dia, aku rasa seronok dan dalam hati aku perlahan sebut,
"Macam ini barulah belajar Design, subjektif."
Haha, sekurangnya tiadalah orang common yang tiap kali bincang pasal Design je, dia akan dicampak ke planet 'DewaDewiYangSememangnyaAkanTopInfinit', heh. Baru aku rasa subjektif dalam Design, baru buat aku lebih seronok nak belajar. Tapi serius, bila habis semalam, aku rasa bosan pulak, tiada apa yang nak dibuat sekarang.
Beauty lies in the eyes of beholder,dia kata dia modenis,tapi saya label dia minimalis.Dengan header tulisan tangan "Antologi Suara Aku Sendiri" berlatar layout putih polos,tanpa widget fancy berkelip -kelip dan warna-warni.
Senang mata membaca blog yang text-oriented ini.
Hanya widget follower,shoutbox,arkib dan beberapa pautan ke blog rakannya di satu-satu sidebar yang wujud di tepi kiri blog,penyumbang terbesar ke arah loading time blog yang cepat.Sesuatu yang bagus untuk dicontohi rakan-rakan blogger lain agar pembaca tidak merana merenung laptop,menunggu blog kita hendak dibuka sedang assignment masih menggunung di meja.
![]() |
| Bilakah Pop Sundae bersatu semula umpama ABC iklan Maybank? |
Khatimah Cinta
Setelah berjela mengulas blog kawan julung kalinya,tibalah saatnya saya menggulung (bunyi debat pula) dan mengisytiharkan markah keseluruhannya…*mana calculator*
4.5/5 (with 2 significant figures)
Sungguh ini hanyalah ulasan yang amat subjektif dari golongan konservatif seperti saya untuk anda, blogger modenis yang bernama Syahmi =)













