Sistem Penggredan Baru Bagi Sijil Pelajaran Malaysia



Sistem Penggredan Baru Bagi Sijil Pelajaran Malaysia

Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 9 September 2009 telah bersetuju supaya Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan sistem penggredan baru Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun peperiksaan 2009. Perubahan sistem penggredan ini bertujuan memperincikan pencapaian Gred A calon yang mencapai tahap sangat cemerlang di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sistem penggredan baru bagi peperiksaan SPM lebih mudah untuk mengkategorikan pelajar cemerlang bagi kelayakan biasiswa dan mengikuti pengajian di universiti.
Penilaian baru itu, pelajar akan diberikan gred berdasarkan kecemerlangan peperiksaan dengan kategori cemerlang diberikan gred A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G. Gred baru itu akan menggantikan gred lama iaitu 1A, 2A, 3B, 4B, 5C, 6C, 7D, 8E dan 9G seperti berikut:
Gred Sedia Ada
Gred Baru

A+
1A
A
2A
A-
3B
B+
4B
B
5C
C+
6C
C
7D
D
8E
E
9G
G
Penilaian baru itu akan membabitkan semua calon SPM yang akan menduduki peperiksaan itu tahun ini. Walaupun dilaksanakan tahun ini, ia tidak membabitkan perubahan dasar sedia ada dan calon tidak perlu khuatir kerana sistem gred ini hanya memberi perincian kepada pecahan tahap pencapaian mereka yang menduduki peperiksaan.
Kaedah ini menggantikan sistem sekarang yang tidak mempunyai pecahan gred untuk calon cemerlang. Sebelum ini jumlah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dengan jumlah keseluruhan A begitu ramai dan ia meningkat setiap tahun.
Berdasarkan sistem itu, sukar bagi Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi memilih mereka yang benar-benar cemerlang dan layak menerima pembiayaan pengajian. Penilaian semula gred SPM itu juga sejajar dengan langkah kerajaan menyediakan Biasiswa Perdana yang dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam akademik.
Perincian gred juga memudahkan kementerian menyediakan program terbaik kepada pelajar selain memberikan khidmat rundingan sesuai dengan program yang bakal diikuti di universiti dalam atau luar negara.
Bagi memastikan perubahan berjalan lancar, Kementerian Pelajaran sudah memaklumkan kepada semua pengetua supaya memberi penerangan mengenai sistem baru itu kepada calon yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Ibu bapa juga boleh merujuk kepada sekolah untuk maklumat lanjut.
Perubahan ini diharap dapat menghasilkan pelajar yang lebih berdaya saing dalam peperiksaan dan menyuntik semangat mereka untuk memberikan yang terbaik untuk dipilih mengikuti program latihan dan layak menerima pembiayaan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Baru-baru ini, Najib mengumumkan satu kategori baru akan diwujudkan dalam pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang memberi keistimewaan kepada pelajar berdasarkan merit semata-mata dan bukan bangsa.


*petikan post drp laman web khas untuk tatapan pelajar & masyarakat umum yang dikenali sebagai “perasa” Pembimbing Rakan Sebaya SBPI Sabak Bernam. 

1 bicara tetamu:

waduh2..
siann gilee arr...
saba yea..
sek bek da lepas.. heheh.. =D

Facebook