3 Ogos 2009          merupakan hari terakhir saya bekerja di dalam          sebuah syarikat swasta di Pulau Pinang.          Pendapatan 6 angka setahun di dalam syarikat          tersebut saya tinggalkan untuk melakukan sesuatu          yang saya ingin kecapi di dalam hidup ini.          Tarikh tersebut juga menamatkan servis saya          selama 12 tahun lebih di dalam syarikat          “Research & Development” tersebut.
                  Mengambil keputusan untuk berhenti kerja          bukannya mudah.
                  Saya bukannya seorang bujang. Dengan          tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa          kepada 2 orang anak yang masih di bangku sekolah          dan seorang lagi tak sampai 2 tahun umurnya,          saya pasti ada rintangannya.
                  Walaubagaimanapun, saya sudah buat keputusan          nekad saya sendiri.
                  Saya inginkan sebuah perniagaan internet yang          akan memberikan saya kepuasan dan kebebasan          untuk melakukan apa yang saya kehendaki.
                   Saya mahukan masa saya banyak dihabiskan          bersama-sama dengan keluarga dan melihat sendiri          anak saya membesar di depan mata.
                  Namun, di sinilah datangnya cabaran dan          disiplin.Disebabkan anak-anak saya yang masih          lagi kecil, mereka memerlukan perhatian yang          rapi. Si Imran bukanlah macam kakak dan abangnya.          Beliau aktif sehingga boleh menaikkan rasa marah.          Apa yang dilarang, itu yang dia nak.
                  Tapi itulah yang dinamakan kanak-kanak. Kena          banyak bersabar.Dan sebabnya yang ingin saya          nyatakan di sini ialah, walaupun saya sekarang          bebas untuk melakukan perkara yang saya suka,          saya masih lagi melakukannya pada masa rutin          harian yang saya lakukan sebelum berhenti kerja          - iaitu menjalankan majoriti daripada perniagaan          internet saya pada waktu malam apabila si anak          kecil sudah masuk tidur (mungkin pada masa akan          datang, ianya akan berubah)
                  Jadi, adakah ini dikatakan menjalankan          perniagaan internet sepenuh masa?          
                  
                  Atau menjalankan perniagaan internet separuh          masa itu sebenarnya telahpun menjalankan          perniagaan internet sepenuh masa?
                   Tak tahulah apa jawapan anda.
                  Tetapi, definisi saya ialah jika anda          tetapkan bahawa anda akan lakukan perniagaan          internet anda 3 atau 4 jam sehari dan lakukannya          secara konsisten, anda sebenarnya telahpun          menjalankan perniagaan internet anda secara          sepenuh masa, tak kira anda masih bekerja dengan          orang lain ataupun tidak.
                  Dan jika anda berhenti kerja dengan orang          lain, dan masih menjalankan perniagaan internet          anda 3 atau 4 jam sehari, tidakkah ianya juga          bermaksud perkara yang sama.
                  Itulah sebabnya juga terlalu ramai yang          beranggapan saya telahpun menjalankan perniagaan          internet sepenuh masa sejak bertahun lamanya,          bila saya masih lagi bekerja di syarikat swasta.          Sebabnya ialah saya konsisten dengan usaha saya.
                  Memang saya tidak pernah nyatakan bahawa saya          melakukan perniagaan internet secara          separuh masa sebelum ini, kerana bagi          pendapat saya, jika saya nyatakan sebegitu,          ianya cuma akan memberi impresi kepada diri saya          bahawa saya melakukan perniagaan internet ini         separuh hati sahaja.
                   Dan itulah juga salah satu sebabnya kenapa          rakan sekerja saya sebelum ini pernah berkata          bahawa saya menjalankan perniagaan          internet secara sepenuh masa,          dan bekerja separuh masa -          kerana pendapatan yang saya perolehi ada kalanya          melebihi beberapa bulan gaji saya di syarikat          tersebut.
                  Jadi, secara ringkasnya di sini, jika anda          juga ingin membina perniagaan internet anda          untuk menjadikannya sebagai sumber pendapatan          utama anda nanti, lakukannya sepenuh hati,          konsisten dengan apa yang anda usahakan dan          tanamkan kepercayaan yang suatu hari nanti, anda          juga dapat membina perniagaan internet dengan          masa dan tempat yang anda tetapkan sendiri.
                               Mengenai Penulis
              Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam       Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga        memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran        beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan        menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa        puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang        membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet.        Lawati laman web beliau di              http://PerniagaanInternet.ws/r/nooraizad untuk mengenali        Zamri Nanyan dengan lebih dekat.