Sambungan…
Menceritakan pengalaman manis di sini terlalu banyak untuk dikatakan. Yang sepatutnya dirasakan pahit, masin atau hanyir pun boleh dikira kenangan manis kerana kita habiskan masa itu dengan sahabat2 dan dikira sebagai pengalaman baru sebagai musafir di jalanan panjang.
Antaranya pengalaman semasa berada di souq (pasar). Waktu itu adalah pertama kali kami ke pasar. Bermuamalah dengan orang Arab sudah pasti. Di sinilah kami mempraktiskan dan belajar perkataan baru dalam Bahasa Ammi Mesir. Untuk pengetahuan sahabat2, Bahasa Arab yang kita belajar di sekolah dahulu sepenuhnya dalam Bahasa Fushah. Bahasa Ammi ini adalah bahasa yang berbeza sedikit dengan Fushah dari segi baris perkataan, bertukar perkataan sendiri dan diringkaskan daripada Fushah. Saya pernah bertanya ammu(pakcik) penjual kobis, sama ada kobis yang dijual sebesar pemeluk budak kecil itu boleh dipotong dua. Mestilah ammu tu gelak, kerana x pernah pelanggan dia minta dipotong dua. Walau besar macamana pun, besar tu jugalah yang kita mesti beli. Harga dikira berdasarkan biji bukan kilo.
Sayur-mayur, buah-buahan termasuk ayam dan ikan di sini memang dijual berdasarkan kilo. Hampir kesemua penjual menggunakan penimbang batu, bukan digital. Harganya pula jauh lebih rendah daripada di Malaysia. Harga buah epal tempatan cuma 3 geneih sekilo, kobis sebiji (2g), lada (3g sekilo), kentang (1.25g sekilo), anggur(5g sekilo), ayam 12g sekilo, ikan 7g sekilo…Cuma ada sayur yang susah didapati di sini, contohnya kacang panjang, sayur hijau, cili api, dan lain-lain.



Di sini, ayam, arnab, kambing dan ikan disembelih betul2 di hadapan mata kita. Selalunya di Malaysia ayam telah siap dibungkus, tapi di sini segalanya menggunakan tulang empat kerat manusia. Yang hairannya, ayam yang diletakkan di dalam sangkar itu tidak lari walaupun pintu sangkar tersebut dibuka seluas-luasnya. Ibarat ayam ini redha dengan ketentuan-Nya bahawa ia akan disembelih juga satu hari nanti.
Semasa membeli barang, kita perlu pandai menawar harga dengan pak-pak Arab ni, kerana setakat hari ini, tiada penjual yang saya jumpa tidak pernah menurunkan harga barangannya. Maksudnya harga barangan tersebut tetap akan turun walau sikit mana pun, dengan syarat kita yang minta turun harga. Tapi kalau senyap je, takda turunnya harga tu. Lagi2 kita orang Malaysia yang dah dikenali sejak berzaman, lagi mereka suka. Teringat suasana membeli-belah di Souq Hussein, deretan kedai yang menjual pakaian, makanan kering dan cenderamata bagi para pelancong. Sepanjang perjalanan memesuki lorong deretan tersebut,akan terdengarlah kata-kata: harga murah, harga mahal, ya malizi, ya sodiqoh, mari-mari, apa khabar,dan sebagainya, yang dipelajari oleh orang Arab di situ. Kadang-kadang tergelak sendiri mendengar slang mereka berbahasa Melayu.
Kehidupan di tempat baru mengajar pelbagai perkara baru yang mungkin tidak tercapai di tempat kita. Allah dah sediakan segala qadak dan qadar-Nya untuk hamba-hamba-Nya. Lain orang lain jalan ceritanya. Kitalah yang harus memilih jalan itu dengan baik untuk mencapai satu hadaf (tujuan) yang sama iaitu MARDHATILLAH. Ayuh sahabat, kita tempuhinya bersama tanpa ada satu pun yang ketinggalan di belakang. Bilakah lagi kita semua SATU HATI????

4 bicara tetamu:

ulya citer cairo..nnt aku citer alex yer..eheh:P

yelah2..alex lagi kaya dengan kecantikannya....kan3

tak lah.cairo best lgii..aku rasa dkt alex asek igt dunia jer..hehe

alex cantik di tepi pantai..bahagian dlm subhanallah barakallah....mengalahkn kt hussien,,

Facebook