Assalamualaikum WBT
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Setelah sekian lama meninggalkan alam penulisan yakni zaman persekolahan, kini saya (Ulya) kembali memerah akal yang telah dianugerahkan oleh Allah ini untuk menyampaikan apa yg termampu untuk saya sampaikan. Teringat dulu zaman sekolah di SBPISB, setiap minggu akan ada satu hari yang dikhususkan oleh guru bahasa Melayu kami, Tuan Rizuan Atan untuk menulis karangan mengikut format yg telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaaan Malaysia. Dengan praktis mingguan ini, kami mampu mencapai skor yg terbaik dalam SPM yang lepas. Kesimpulannya, latihan yang berterusan atau kata lainnya istiqamah dalam apa jua perkara, bukan sahaja dlm pelajaran malah dlm kehidupan seharian pun istiqamah amat penting untuk menjamin natijah yg lebih membanggakan.
Bukanlah tulisan saya kali ini ingin membincangkan subjek Bahasa Melayu yg pernah kita pelajari di sekolah dulu, tapi hanyalah ingin mengimbau sebentar kenangan manis yg kita pernah alami. Sesekali kita perlu menoleh ke belakang agar kita mampu mengukur tinggi rendahnya kita, jauh dekatnya kita dari asalnya kita berdiri. SEJARAH memberi kita PENGALAMAN. Manakala, PENGALAMAN mengajar kita ERTI KEHIDUPAN.
Pada kali ini, saya lebih memfokuskan untuk berkongsi dengan sahabat2 sekalian tentang kehidupan di perantauan ini, Bumi Mesir yang kaya dengan khazanah peninggalan Para Anbiya’ serta seterunya, Firaun. Setelah hampir setahun keberadaan saya di perantauan, bermacam-macam af’al ammu-ammu dan mamah-mamah Arab yg telah lali di mata musafir kerdil ini. Ada pelbagai perbezaan antara Malaysia dan Mesir yang dapat dilihat sejak pertama kali saya menjejakkan kaki di sini.
Pertama sekali, kami tiba di Mator Al-Qaherah pada pukul 6.45 pagi kalau tak silap, dan dibawa ke rumah ARB dengan menaiki bas. Sepanjang perjalanan, hanya bangunan berwarna coklat pasir saja yg mempu dilihat. Terfikir di hati saya, negara ini seperti negara Palestin yang pernah dipaparkan di kaca televisyen. Cuma warna pasir yang kelihatan, pudar tanpa corak keceriaan warna-warna pelangi. Negara ini macam baru lepas mengalami peperangan, ditambah pula dengan syurtoh yang berdiri di setiap penjuru jalan seperti patung yang dipamer di gedung pakaian.
Sesampainya saya di rumah ARB, terpegun tak terkata kerana akhirnya saya mampu jua untuk berdiri di hadapan sebuah bangunan tersergam indah yang sebelum ini saya cuma dapat lihat di blog www.musafirilmuarb.blogspot.com., blog yang dikendalikan oleh mahasiswa tajaan ARB sendiri. Pelbagai ujian yang dihadapi sebelum memilih untuk ternbang ke Mesir ini Alhamdulillah dapat saya tangani sebaiknya atas pertolongan Allah. Rumah ini ibarat istana yang terletak di tengah kota Qaherah ini, cuma kawasannya tertutup dengan bangunan-bangunan tinggi dan pokok yang tidak kurang lebat daunnya yang menutupi pandangan pejalan kaki untuk melihat rumah ini.
Kehidupan kami seharian berpadat-padatan dalam bas hampir setiap hari. Bas di sini mengambil prinsip ‘masuk selagi muat’. Walaupun terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang lain tidak kira lelaki mahupun perempuan, kami sudah lali dengan rutin ini kerana memang kepadatan penduduk di kota Kaherah ini adalah tinggi, jalan-jalannya sudah tidak terkata dari segi kesesakannya. Tanpa peraturan jalan raya yang ketat, jalan besar yang sepatutnya terbahagi kepada 3 jalan, pemandu tanpa rasa takut menjadikannya 4 jalan, potong-memotong, hampir berlanggar, dan sebagainya sudah menjadi kebiasaan. Bunyi bingit hon setiap masa bermula seawal 7 pagi dan berakhir sehingga tengah malam dah sebati dalam hidup penghuni kota ini. Pemandu paling berhemah di Malaysia pun belum tentu dapat memandu dengan selamat di sini.
Perbezaan paling ketara adalah bi’ah Al-Quraniah di sini. Kami dapat lihat masa yang terluang di dalam bas semasa menunggu tibanya stesen yang ingin dituju diisi dengan membaca Al-Quran berbentuk mini di tangan. Kedai-kedai di tepi jalan memasang radio yang memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran, bahkan kedai di tempat pelancongan seperti pantai pun memperdengarkan ayat Al-Quran sebesar-besar suara agar didengari oleh para pelawat dari jauh. Teksi-teksi pun begitu. Pemuda-pemudi yang kita lihat di tepi jalan, Nampak macam ‘rock’, tapi rupanya ringtone bagi handphone mereka ialah ayat Al-Quran. Pendek kata kemana sahaja pergi Kitab Allah ini tetap di hati. Beginilah sepatutnya yang berlaku di negara-negara Islam terutamanya, bukan sebaliknya. Kita lihat sekeliling kita sekarang, adakah sedang berlaku bi’ah ini, dan bilakah ia akan bermula?
Kaherah juga dikenali sebagai ‘madinatul maazin’, kerana terdapat banyak masjid. Antara masjid yang terkenal ialah Masjid Amru bin Al’As, Masjid Ahmad bin Tulun, Masjid Sultan Hassan, Masjid Muhammad Ali, dan Masjid Al-Azhar. Kini, Masjid Al-Azhar telah bertukar menjadi Universiti Al-Azhar dan Jami’ Azhar, tempat saya dan sahabat-sahabat menghabiskan masa lapang kami untuk menghadiri pelbagai majlis ilmu, iaitu ilmu feqh, tauhid, nahu Bahasa Arab dan sebagainya yang dijalankan setiap hari di situ.
Akan bersambung, insyaAllah...
1 bicara tetamu:
24 jim..
Catat Ulasan