"Jauh pemandangan luas pengetahuan"
Itulah pepatah yang kita selalu dengar yang membawa maksud semakin jauh seseorang itu merantau atau ke mana-mana sahaja, semakin banyak ilmu yang diperoleh di samping semakin banyak pengalaman yang akan dilalui sepanjang perjalanannya ke destinasi yang dituju. Kita boleh ambil contoh para cendekiawan pada zaman dahulu. Sebagai contoh, Ibnu Battutah yang telah mengembara ke seluruh dunia untuk menyampaikan ilmu dan menambah ilmu di dada, sama ada ilmu Fardu Kifayah (perubatan, pertanian, dll) dan Fardu Ain (akidah, syariah, dll).
Oleh itu, di kesempatan ini, sama-samalah kita mendoakan kejayaan sahabat kita yang telah merantau ke bumi anbia, Mesir yang tidak asing lagi namanya kepada kita semua. Sudah ramai pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke sana, tak kurang juga bekas pelajar SBPI Sabak Bernam. Minta maaf kerana terlewat memberitahu sahabat-sahabat sekalian tentang perkara ini, mungkin ada yang tak tahu lagi. Tanggal 3 September 2009 bersamaan 13 Ramadan 1430H yang lepas, sahabat kita iaitu:
- Nur Fareha Mohd Tauhid
- Abdul Muiez Faheem Zakiyuddin
Mereka telah bertolak ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan (Medic) di Universiti Al-Azhar, tapi rasanya tak di'confirm'kan lagi. Nanti saya 'confirm'kan ye. Alhamdulillah, mereka mendapat tajaan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). 11 September 2009 pula, sahabat kita iaitu:
- Mohd Amir Firdaus
Selain itu, ada lagi sahabat kita yang bakal menyusul mereka tak lama lagi, ke Mesir juga. InsyaAllah. Ramai juga 'batch' kita yang akan ke Mesir nanti. Boleh buat 'reunion' kot kat sana. Hehe. Bergurau je. Antaranya:
- Fitry Iskandar Ismail ( x tau, kalu tau, bgtau ye)
- Nur Izzatie Shahariman (14 September 2009)
- Syazana Aqilah Zulfaka (30 September 2009)
- Izzaty Ulya Munirah Abdul Aziz (23 September 2009)
Kalau tertinggal nama atau tersalah, beritahu admin ye.
Tak lupa juga kepada sahabat2 yang sedang bertungkus lumus untuk menghadapi peperiksaan di universiti masing2, kolej2 dan di mana sahaja anda berada. Semoga berjaya mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi.
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim. Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.
Jom doa sama2! Semoga Allah memakbulkan doa-doa kita yang berpuasa dalam Bulan Ramadan yang mulia ini. Amin.
0 bicara tetamu:
Catat Ulasan