Assalamualaikum WBT...
Kaifa ahwalukunna jamii'an???
Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hasrat hati ini nak menulis semula dalam blog ini...rasanya dah lama tak melakarkan buah fikiran untuk santapan mata dan hati, insyaAllah bersama.
Alhamdulillah, baru-baru ini kita telah diberitakan bahawa SBPI Sabak Bernam mendapat tempat ke-6 di tangga kedudukan SBP terbaik dalam peperiksaan SPM 2009 yang lepas. Ramai pelajar yang mendapat keputusan yg cemerlang dan ada juga yg memperoleh keputusan yg bukan seperti diidamkan. Daripada keputusan ini, kita mungkin dapat menjangkakan di manakah hala tuju kita sebenarnya,kan. Kepada yang kurang berjaya, anda sebenarnya bukan tidak berjaya, tetapi masih belum berjaya. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Dia Maha Mengetahui apakah keputusan yang terbaik untuk kita. Cuba kita fikirkan dan muhasabah diri, mungkin kita ada melakukan kesalahan dan terselit perasaan x senang dlm hati seseorg disebabkan kita, atau mungkin juga kita pernah terfikir bahawa kalau kita dapat keputusan yg cemerlang kita akan lupa diri, riak dan berasa diri ini dah pandai, x perlu belajar lagi, barangkali. Jadi Allah telah tetapkan takdir kita begini dan begitu. Sesungguhnya setiap perkara yang berlaku ada hikmah yang 'azim di sebaliknya.
Saya pernah mendengar seorang ustaz mengatakan bahawa: Allah tidak pernah tidak mengkabulkan doa dan hajat hamba-Nya, cuma Allah mengkabulkan dengan cara-Nya yang tersendiri, yakni dengan salah satu drp 3 cara berikut:
1) Allah kabulkan doa hamba-nya seperti yang kita mohon, pada masa itu juga
2) Allah kabulkan doa hamba-Nya tetapi pada masa akan datang (maknanya bukan masa itu)
3) Allah berikan apa yang lebih baik daripada yg dimohon hamba-Nya
Oleh sebab inilah, sesiapa yang diberi ujian dan cabaran oleh Allah dalam hidupnya harus bersyukur dan bersabar atas segala yg menimpanya kerana Allah akan berikan yang lebih baik daripada apa yang diminta, yg tak tercapai akal kita untuk memikirkannya.
Allahu Akbar...
Janganlah bersedih..لا تحزن
Dalam kitab لا تحزن وابتسم للحياة susunan As-Syeikh Mahmud al-Misri Abu 'Ammar, ada disebutkan:
ومن الألم يأتي الأمل (daripada kesakitan datangnya cita2) dan أحسن الظن بالله (perbaikilah sangka buruk kepada Allah) dan إنها ليست النهاية (sesungguhnya kesusahan ini bukan penghujungnya(hidup) ).
Pepatah Melayu ada menyebutkan: "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Allah berfirman:
ولو أنما في الأرض من شجرة اقلام والبحر يمده من بعده سبعة أبحب ما نفدت كلمات الله إنّ الله عزيز حكيم
Maksudnya: Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh lautan (lagi) setelah (kering)nya,niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat-kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa Maha Bijaksana.
Al-muhim disini, keputusan SPM hanyalah satu platform ke peringkat yg lebih tinggi, tetapi jika tiada platform tersebut tidak bermakna kita x boleh sampai ke menara yg dituju, cuma dengan semangat dan usaha yg lebih kuat.
SAMA-SAMALAH KITA BERDOA KEPADA ALLAH AGAR DIMURAHKAN REZEKI KITA, DIPANJATKAN UMUR UNTUK SETIASA MELAKSANAKAN IBADAH KEPADA-NYA DAN DIBERIKAN KEJAYAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT YANG KEKAL ABADI.
Setakat ini sahaja coretan saya untuk kali ini. Mungkin akan di sambung pada satu hari nnt, insyaAllah.
0 bicara tetamu:
Catat Ulasan