5 Hidayah 2008

Kelas Sains Agama

5 Taufiq 2008

Kelas Sains Agama

5 Rahmah 2008

Kelas Sains Tulen

5 Maghfirah 2008

Kelas Sains Tulen

5 Syakirah 2008

Kelas Sains Teknikal

Kenangan RAMADAN...

Assalamualaikum WBT, sahabat2 sekalian.

Hari ini, saya telah menjalankan pemantauan alam maya, ceh macam inspektor Gadget la pulak. Takdelah, saje je bergurau di hari baik bulan baik, tak naklah cakap pasal puasa je, tergambar muka penat, x bermaya, pucat, tapi tulah sebenarnya hikmah Allah wajibkan utnuk kita berpuasa kan, untuk rasa kehidupan ramai org yg x berkemapuan di luar sana. berbalik kepada pemantauan tadi, saya dapat buat kesimpulan bahawa ramai bekas pelajar SBPISB sedang termenung mengenangkan Ramadan di sekolah dulu. Ada cerita sedih, ada gembira, seronok, geram dan sebagainya. Itulah namanya perasaan kan.

Seronok bila kenang balik zaman sekolah dulu. Yang paling seronok dulu dan menyedihkan skrg ialah masa dapat berbuka puasa dengan ahli dorm sendiri. Ada juga yang dengar azan je terus berbuka dan x pandang kanan kiri, terus makan macam berlumba2 sapa bangun paling awal untuk ke surau tercinta. Tersenyum sendiri bila ingat masa tu.

Teringat juga kawan2 yang tinggal di kawasan sekitar sekolah, mak ayah datang hantar makanan berbuka, kawan2 yang tinggal jauh tengok je lah mak ayah kawan2 datang. Nak suruh mak datang menyusahkan pulak. Masa yg paling ditunggu oleh pelajar semua ialah hari minggu yang boleh balik rumah. Wah, masa itu paling seronok, tapi saya x dpt rasa perasaan itu masa tingkatan 1 dan 2, sebab saya sendiri yg berjalan kaki ke rumah, hehe, faham2 je lah.

Ada tahun terakhir di sekolah, pihak sekolah x sediakan perkhidmatan bas ke bazar Ramadan Sg Besar. Tapi saya dan 3 orang shabat lagi teringin sangat nak pergi, jadi kami menebalkan muka minta jasa baik Ust Ahmadi untuk memenuhi hasrat kami ini. Dengan kereta ustazlah kami ke sana. Kepanjangan bazar tu x manghalang kami untuk 'round' satu bazar, kempunan punya pasal.

Sekarang...
Semua tinggal kenangan, sahur masak sendiri, berbuka masak sendiri...
Kalau malas, alamatnya xde makanan la. Seperti yang saya katakan di 'post' yang lepas, berpuasa di perantauan ada pula pengalaman lain. Salah satunya, kami sedang berada dalam teksi, masa tu bebarapa minit lagi nak berbuka, kami lalu satu jalan lurus tepi2nya kedai. dari jauh nmpak ada sorang sedang pegang beberapa bungkus biskut dan bila teksi kami lalu di sebelahnya, terus dia campak makanan tu ke dalam teksi, terkejut kami dibuatnya. jalan lagi, ada orang hulur kurma, jalan lagi ada orang ajak berhenti untuk berbuka percuma dgn maidatur rahmandi situ. Memang berbeza suasananya.

Pada waktu sahur pula, ada orang yang melalui depan rumah kita untuk kejutkan sahur. Ada yg ketuk sesuatu bunyinya macam ketuk periuk, jerit2:"ishu ya naim.."(bangunlah wahai orang yg tidur) dan macam2 lagi. kekadang jadi penceria sahur pula.

Cukuplah sakadar di sini. Semoga terhibur.

BANYAKKAN BERZIKIR DI BULAN RAMADAN INI!!!

Ramadan datang lagi!



Assalamulaikum Ramadan dan sahabat2 sekalian..

Selamat menghadapi bulan Ramadan yang penuh dengan kemuliaan dan keberkatan yg Allah turunkan khusus untuk bulan ini...

Sekadar nak mengajak diri saya sendiri dan sahabat2 sekalian, gunakanlah sebaik-baiknya peluang yg ada pada hari ini, hari-hari dalam bulan Ramadan untuk berbuat sebanyak mungkin amal kebajikan yang kita mampu. Kalaulah sebelum ini, kita selalu tidur lepas subuh, cuba bulan Ramadan ni, kita elakkan tidur..buatlah apa-apa pun yang boleh elakkan kita untuk tidur. contohnya main basikal ke, joging kat luar ke, apa-apa jelah, yang penting jangan dalam bilik, kalau dalam bilik, kononnya nak membaca buku, alamatnya buku jugalah yang akan baca kita nanti, tahu sebab pengalaman sendiri..=)

kalau sebelum ini, kita selalu lepak2, kacau orang kat tepi2 jalan tu, cuba kita tukar stail lain. kita tolong pula orang2 tua nak lintas jalan. tak pasal2 Allah kira satu pahala untuk perbuatan tersebut. Lagi2 pula, Allah berikan ganjaran yang berlipat ganda sebagai bonus kepada kita kerana bulan ini bulan Ramadan.

kalau sebelum ini, kita selalu contact 'pakwe makwe' kita dalam telefon tanya khabar, apa kata kita selalu telepon mak ayah kita tanya khabar, berbuka apa hari ni, kan lebih diutamakan. bagi yang berkesempatan, lebih manis kalau kita sendiri yg masakkan lauk buka puasa untuk mereka. Dah bertahun mereka masakkan 3,4 kali sehari untuk kita sejak kecil, apalah salahnya kita masak 2 kali je sehari di bulan Ramadan ini untuk mereka. Keredaan Allah itukan terletak pada keredaan ibu bapa.

kalau sebelum ini, kita selalu baca komik setiap hari sampai tak tidur, baca Al-Quran kadang2 je, apa kata kita tukar fesyen, kita mula sikit2, kita baca Al-Quran setengah mukasurat setiap hari, pastu satu muka, anjak sikit esoknya, baca 2 muka, dan begitulah seterusnya. yang penting sentiasa istiqamah. Allah tak pandang pada kuantiti, tapi pada niat dan hati seseorang itu.

Diharapkan sahabat2 dapat mengambil sedikit sebanyak apa yang dinukilkan oleh penulis. Penulis masih terkenang ibu saudara yang baru sahaja meninggal dunia pada pukul 4.30 pagi tadi waktu Malaysia yang menghidapi penyakit barah. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh dan yang akan bersama kekasih Allah di Akhirat nanti, amin...minta disedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Siti Fatimah bt Abdul Khatab.

JIKA INI ADALAH RAMADAN TERAKHIR KITA, SEMOGA INILAH MENJADI RAMADAN TERBAIK YANG AKAN KITA HADAPKAN KEPADA ALLAH KELAK DI SANA, AMEEN...

Jazakillahu khaira

p/s:rindu suasana ramadan di malaysia, tapi dapat pengalaman baru di sini...Masyarakat Arab amat memuliakan ramadan sehingga berebut2 menyediakan makanan berbuka di masjid2, dan eidul fitri sekadar bergembira sebentar...tapi selalunya orang malaysia, bila datang ramadan perkara pertama ialah baju raya dan biskut raya..siapa setuju??
(ini adalah pandangan penulis semata2)


Sambungan…
Menceritakan pengalaman manis di sini terlalu banyak untuk dikatakan. Yang sepatutnya dirasakan pahit, masin atau hanyir pun boleh dikira kenangan manis kerana kita habiskan masa itu dengan sahabat2 dan dikira sebagai pengalaman baru sebagai musafir di jalanan panjang.
Antaranya pengalaman semasa berada di souq (pasar). Waktu itu adalah pertama kali kami ke pasar. Bermuamalah dengan orang Arab sudah pasti. Di sinilah kami mempraktiskan dan belajar perkataan baru dalam Bahasa Ammi Mesir. Untuk pengetahuan sahabat2, Bahasa Arab yang kita belajar di sekolah dahulu sepenuhnya dalam Bahasa Fushah. Bahasa Ammi ini adalah bahasa yang berbeza sedikit dengan Fushah dari segi baris perkataan, bertukar perkataan sendiri dan diringkaskan daripada Fushah. Saya pernah bertanya ammu(pakcik) penjual kobis, sama ada kobis yang dijual sebesar pemeluk budak kecil itu boleh dipotong dua. Mestilah ammu tu gelak, kerana x pernah pelanggan dia minta dipotong dua. Walau besar macamana pun, besar tu jugalah yang kita mesti beli. Harga dikira berdasarkan biji bukan kilo.
Sayur-mayur, buah-buahan termasuk ayam dan ikan di sini memang dijual berdasarkan kilo. Hampir kesemua penjual menggunakan penimbang batu, bukan digital. Harganya pula jauh lebih rendah daripada di Malaysia. Harga buah epal tempatan cuma 3 geneih sekilo, kobis sebiji (2g), lada (3g sekilo), kentang (1.25g sekilo), anggur(5g sekilo), ayam 12g sekilo, ikan 7g sekilo…Cuma ada sayur yang susah didapati di sini, contohnya kacang panjang, sayur hijau, cili api, dan lain-lain.



Di sini, ayam, arnab, kambing dan ikan disembelih betul2 di hadapan mata kita. Selalunya di Malaysia ayam telah siap dibungkus, tapi di sini segalanya menggunakan tulang empat kerat manusia. Yang hairannya, ayam yang diletakkan di dalam sangkar itu tidak lari walaupun pintu sangkar tersebut dibuka seluas-luasnya. Ibarat ayam ini redha dengan ketentuan-Nya bahawa ia akan disembelih juga satu hari nanti.
Semasa membeli barang, kita perlu pandai menawar harga dengan pak-pak Arab ni, kerana setakat hari ini, tiada penjual yang saya jumpa tidak pernah menurunkan harga barangannya. Maksudnya harga barangan tersebut tetap akan turun walau sikit mana pun, dengan syarat kita yang minta turun harga. Tapi kalau senyap je, takda turunnya harga tu. Lagi2 kita orang Malaysia yang dah dikenali sejak berzaman, lagi mereka suka. Teringat suasana membeli-belah di Souq Hussein, deretan kedai yang menjual pakaian, makanan kering dan cenderamata bagi para pelancong. Sepanjang perjalanan memesuki lorong deretan tersebut,akan terdengarlah kata-kata: harga murah, harga mahal, ya malizi, ya sodiqoh, mari-mari, apa khabar,dan sebagainya, yang dipelajari oleh orang Arab di situ. Kadang-kadang tergelak sendiri mendengar slang mereka berbahasa Melayu.
Kehidupan di tempat baru mengajar pelbagai perkara baru yang mungkin tidak tercapai di tempat kita. Allah dah sediakan segala qadak dan qadar-Nya untuk hamba-hamba-Nya. Lain orang lain jalan ceritanya. Kitalah yang harus memilih jalan itu dengan baik untuk mencapai satu hadaf (tujuan) yang sama iaitu MARDHATILLAH. Ayuh sahabat, kita tempuhinya bersama tanpa ada satu pun yang ketinggalan di belakang. Bilakah lagi kita semua SATU HATI????

Yanbu3 Al-'Ilmi (usul ilmu)



Assalamualaikum WBT
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Setelah sekian lama meninggalkan alam penulisan yakni zaman persekolahan, kini saya (Ulya) kembali memerah akal yang telah dianugerahkan oleh Allah ini untuk menyampaikan apa yg termampu untuk saya sampaikan. Teringat dulu zaman sekolah di SBPISB, setiap minggu akan ada satu hari yang dikhususkan oleh guru bahasa Melayu kami, Tuan Rizuan Atan untuk menulis karangan mengikut format yg telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaaan Malaysia. Dengan praktis mingguan ini, kami mampu mencapai skor yg terbaik dalam SPM yang lepas. Kesimpulannya, latihan yang berterusan atau kata lainnya istiqamah dalam apa jua perkara, bukan sahaja dlm pelajaran malah dlm kehidupan seharian pun istiqamah amat penting untuk menjamin natijah yg lebih membanggakan.
Bukanlah tulisan saya kali ini ingin membincangkan subjek Bahasa Melayu yg pernah kita pelajari di sekolah dulu, tapi hanyalah ingin mengimbau sebentar kenangan manis yg kita pernah alami. Sesekali kita perlu menoleh ke belakang agar kita mampu mengukur tinggi rendahnya kita, jauh dekatnya kita dari asalnya kita berdiri. SEJARAH memberi kita PENGALAMAN. Manakala, PENGALAMAN mengajar kita ERTI KEHIDUPAN.
Pada kali ini, saya lebih memfokuskan untuk berkongsi dengan sahabat2 sekalian tentang kehidupan di perantauan ini, Bumi Mesir yang kaya dengan khazanah peninggalan Para Anbiya’ serta seterunya, Firaun. Setelah hampir setahun keberadaan saya di perantauan, bermacam-macam af’al ammu-ammu dan mamah-mamah Arab yg telah lali di mata musafir kerdil ini. Ada pelbagai perbezaan antara Malaysia dan Mesir yang dapat dilihat sejak pertama kali saya menjejakkan kaki di sini.
Pertama sekali, kami tiba di Mator Al-Qaherah pada pukul 6.45 pagi kalau tak silap, dan dibawa ke rumah ARB dengan menaiki bas. Sepanjang perjalanan, hanya bangunan berwarna coklat pasir saja yg mempu dilihat. Terfikir di hati saya, negara ini seperti negara Palestin yang pernah dipaparkan di kaca televisyen. Cuma warna pasir yang kelihatan, pudar tanpa corak keceriaan warna-warna pelangi. Negara ini macam baru lepas mengalami peperangan, ditambah pula dengan syurtoh yang berdiri di setiap penjuru jalan seperti patung yang dipamer di gedung pakaian.
Sesampainya saya di rumah ARB, terpegun tak terkata kerana akhirnya saya mampu jua untuk berdiri di hadapan sebuah bangunan tersergam indah yang sebelum ini saya cuma dapat lihat di blog www.musafirilmuarb.blogspot.com., blog yang dikendalikan oleh mahasiswa tajaan ARB sendiri. Pelbagai ujian yang dihadapi sebelum memilih untuk ternbang ke Mesir ini Alhamdulillah dapat saya tangani sebaiknya atas pertolongan Allah. Rumah ini ibarat istana yang terletak di tengah kota Qaherah ini, cuma kawasannya tertutup dengan bangunan-bangunan tinggi dan pokok yang tidak kurang lebat daunnya yang menutupi pandangan pejalan kaki untuk melihat rumah ini.
Kehidupan kami seharian berpadat-padatan dalam bas hampir setiap hari. Bas di sini mengambil prinsip ‘masuk selagi muat’. Walaupun terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang lain tidak kira lelaki mahupun perempuan, kami sudah lali dengan rutin ini kerana memang kepadatan penduduk di kota Kaherah ini adalah tinggi, jalan-jalannya sudah tidak terkata dari segi kesesakannya. Tanpa peraturan jalan raya yang ketat, jalan besar yang sepatutnya terbahagi kepada 3 jalan, pemandu tanpa rasa takut menjadikannya 4 jalan, potong-memotong, hampir berlanggar, dan sebagainya sudah menjadi kebiasaan. Bunyi bingit hon setiap masa bermula seawal 7 pagi dan berakhir sehingga tengah malam dah sebati dalam hidup penghuni kota ini. Pemandu paling berhemah di Malaysia pun belum tentu dapat memandu dengan selamat di sini.
Perbezaan paling ketara adalah bi’ah Al-Quraniah di sini. Kami dapat lihat masa yang terluang di dalam bas semasa menunggu tibanya stesen yang ingin dituju diisi dengan membaca Al-Quran berbentuk mini di tangan. Kedai-kedai di tepi jalan memasang radio yang memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran, bahkan kedai di tempat pelancongan seperti pantai pun memperdengarkan ayat Al-Quran sebesar-besar suara agar didengari oleh para pelawat dari jauh. Teksi-teksi pun begitu. Pemuda-pemudi yang kita lihat di tepi jalan, Nampak macam ‘rock’, tapi rupanya ringtone bagi handphone mereka ialah ayat Al-Quran. Pendek kata kemana sahaja pergi Kitab Allah ini tetap di hati. Beginilah sepatutnya yang berlaku di negara-negara Islam terutamanya, bukan sebaliknya. Kita lihat sekeliling kita sekarang, adakah sedang berlaku bi’ah ini, dan bilakah ia akan bermula?
Kaherah juga dikenali sebagai ‘madinatul maazin’, kerana terdapat banyak masjid. Antara masjid yang terkenal ialah Masjid Amru bin Al’As, Masjid Ahmad bin Tulun, Masjid Sultan Hassan, Masjid Muhammad Ali, dan Masjid Al-Azhar. Kini, Masjid Al-Azhar telah bertukar menjadi Universiti Al-Azhar dan Jami’ Azhar, tempat saya dan sahabat-sahabat menghabiskan masa lapang kami untuk menghadiri pelbagai majlis ilmu, iaitu ilmu feqh, tauhid, nahu Bahasa Arab dan sebagainya yang dijalankan setiap hari di situ.
Akan bersambung, insyaAllah...

Facebook