5 Hidayah 2008

Kelas Sains Agama

5 Taufiq 2008

Kelas Sains Agama

5 Rahmah 2008

Kelas Sains Tulen

5 Maghfirah 2008

Kelas Sains Tulen

5 Syakirah 2008

Kelas Sains Teknikal

-_Matrik List_-


Kolej Matrikulasi Perak

Afiqah Khairuddin
Zulkhalili
Zulfazrin
Imran Khairman
Izaty
Shamilah


Kolej Matrikulasi Melaka
Raudzah
Adibah


Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Izzatul
Khadijah
Hamidah
Afiqah Dzul
Ain Md Jani
Yusri


Kolej Matrikulasi Kedah
Nasrullah Mujaddidi
Amirah Izzati
Hafiza Hafinas
Afifah


Kolej Matrikulasi Johor
Zuriati
Hazirah
Adam Rashid
Imran Azman


Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Syafika
Azizi Ayob
Natrah
Ridwan
Ahmad Hanis
Nisha Mahzuz


Kolej Matrikulasi Perlis
Hanis Dalilah
Rabiyatul Adawiyah


Kolej Matrikulasi Pahang
Azzam Mutaza
Atiqah Yusan





Biasiswa-Rezeki Masing-Masing

Arakian telah sampai makluman pada empunya pemohon biasiswa barang siapa yang berjaya merebut biasiswa bagi menyambung pengajian ke jurusan idaman masing-masing. Antaranya...

JPA
Muhd. Nooraizad Bin Zailani (dalam negara)
Nur Akmal Bt. Md Abdul Azis (Jepun)
Nur Insyirah Bt Zulkhaire (dalam negara)
Muhammad Fakhruddin B. Hj. Safian Shuri

MARA
Wan Ahmad Syaher B. Wan Ab. Kadir
Mohamad Azim Syahmi B. Mohd Sazali
Syazana Aqilah Bt Zulfaka
Nur Qistina Bt Humaidi
Nur Hamizah Bt Ismail
Nur Izulaikha Bt Tajudin
Izzaty Ulya Munirah Bt Abd. Aziz

Program Pelajar Cemerlang Kem. Pelajaran
Muhammad Fakhruddin B. Hj. Safian Shuri

Amanah Raya
Izzaty Ulya Munirah Bt Abd. Aziz

Majlis Agama Islam Selangor
Abdul Muiez Faheem B. Zakiuddin
Nur Fareha Bt Mohd Tauhid


Tahniah kepada sahabat-sahabat yang berjaya!



Ok, mesti ada dalam kalangan kita yang membaca post ni rasa terkilan, sedih mahupun iri hati. Itu normal. Perasaan itu hak milik personal. Tak siapa boleh rampas dan nafi dari diri kita namun kita punyai kuasa untuk tentukan diri kita ni pesimis atau optimis [baca: Antara Optimis dan Pesimis]. Jadi, anda optimis ke pesimis? Anda sendiri tentukan!

Kepada yang berjaya, ini baru titik permulaan manakala bagi yang tidak berjaya, ini bukan garis penamat kehidupan. ;)


"Every cloud has a silver lining"

"Kita tidak boleh ubah apa yang kita lihat, tetapi kita boleh ubah diri kita yang melihatnya. Jika kita tidak dapat apa yang kita suka, maka langkah yang terbaik ialah suka apa yang kita dapat"

"Apa yang penting, bukan BERAPA KALI kita JATUH, tapi bagaimana kita BANGUN SEMULA selepas kita jatuh"

"The DREAM of yesterday is the HOPE of today and the REALITY of tomorrow.."


"Tak kisah belajar dimana pun;
ilmu tetap ilmu,
martabatnya tetap tinggi"



Berjaya dunia akhirat bersama! InsyaAllah. Ameen..




p/s: macam biasa la, ada info yang tercicir bagi tahu admins ya!

Gurindam Hari Guru

Gurindam ini sememangnya tidak mematuhi langgam sastera bahasa Melayu.Ia direka sebegitu atas kenangan memori lalu...[versi penuh di sini]

Assalamualaikum Sir kelas bermula,
alat tulis dan buku hendaklah tersedia.

Alif Ba Ta Ustazah yang ajar,
jahilnya kami,ilmu sentiasa dikejar.

Siang mengajar,menanda buku di malam hari,
itulah CIKGU,hatinya ikhlas memberi.

Jenuh cikgu Fizik ajar bab daya,
lebih sukar membentuk akhlaq manusia.

Cikgu Kimia berceloteh pasal garam,
sabar dengan muridnya yang banyak ragam.

Teacher Bio bermain dengan tulang plastik,
asuh muridnya berperibadi baik dan menarik.

Hukum-hakam puas Ustaz terangkan,
denda diberi buat pengajaran.

LK dan TK mata pelajaran teknikal,
gelaran CIKGU terpahat kekal.

Sejarah,Geo dan KHB difaham mesti,
jasa cikgu-cikgu abadi dalam memori.

Baik Lughatul Arabiah,English mahupun bahasa Melayu,
terima kasih,thank you,jazakumullah buat SEMUA CIKGU.

Review Hari Guru 2008


Sempena Hari Guru yang bakal menjelang tahun ni, saya nak review balik satu kenangan yang dah budak2 kelas 5 Syakirah 2008 buat sempena hari guru 2008 iaitu pada tahun lepas. Nak tahu? Jom review.

Perkara yg diperlukan untuk menjalankan misi tersebut

Sekotak kapur yang berwarna-warni yang telah di belikan oleh cikgu Hasfarina kalau tak silap la.

Tenaga untuk tangan pegang kapur.

Idea untuk jalankan misi tu.

Kerusi dan meja diperlukan untuk mengatasi had ketinggian minimum.

Dan yang paling penting, KERJASAMA!


Ok, sekarang tengok dinding2 yang dibulatkan dalam gambar kat bawah ni. Rasanya anda semua dah tahukan apa yang kitorang dah buat. Ye! Kami menconteng dinding.



Tadaa!!! Ni la hasil kerja kami yang kreatif. Almaklumlah budak2 teknikal ni fikirannya luar alam sikit. Hehe.. Tapi gambar dinding yang lagi satu tu dah hilang la. Adess.. Tak pe yang penting ada satu ni pun ok la kan. Contengan ni bertahan sehari semalam je. Kami start buat malam sebelum sambutan hari guru peringkat sekolah dan pagi sehari selepas hari sambutan hari guru tu contengan kat kedua-dua dinding tu dah pun terpadam sendiri sebab malam tu hujan. So, everything back to normal.


Haa.. Kat bawah ni la krew2 penconteng dinding sekolah tu. 5 Syak's Rox!




ok, tu je lah sedikit review yg bdk2 batch ni buat sempena hari guru tahun lepas. Sebenarnya banyak lagi benda yang best bdk2 batch ni dah buat cthnya banner yg paling besar dalam sejarah sekolah. Dan sambutan hari guru yang dihandle oleh kami sebagai senior memang gempak dari batch2 sebelumnya. Hmm.. Semua ni kerana KERJASAMA. That's all a lil bit review 'bout kenangan hari guru thn lepas.



teacher's day is just around the corner!

peace be upon all..

actually,i've no specific topic that i wanna share with all the Zenithians.Just wanna remind all of you,teacher's day is just around the corner!! Since all of us,are already graduated from school,i'm afraid, we might forget the special day that we always celebrate it when we were in school.What's the day? Absolutely it is Teacher's Day! 16 th of May every year(i'm not sure wether this date is celebrated by all teachers around the world or it is just celebrated at Malaysia..=P) We celebrate teacher's day to show our appreciation to our beloved teachers who had done a lot of sacrifices in educating us as the future generations.

Dearest Zenithians,

Let's us remind each other to celebrate the special day for our teachers...Teacher is like a candle who burns himself/herself for the sake of us....... Don't ever try to forget them..


A special poem for our beloved teachers (Malay version)

Kalian seperti lilin yang menerangi
memberi sinar membakar diri
agar insan jadi insani
tanpa kalian kosong tiada erti
tak mungkin kami berada di sini.

Terungkap citra seorang wira
dari huruf menjadi kata
dari bebal menjadi bijaksana
dari putih menjadi warna
pencorak kehidupan penyambung bangsa
melangkah jauh terasa nyata
visi mendatang mudah terlaksana.

Di saat buntu, kalianlah pembantu
memberi ilmu tanpa jemu
tak kira masa, tenaga dan waktu
jasa kalian itu kami kenang selalu
biarpun beranak berpinak cucu.

Sesekali melangkah pasti rebah
nasihat kalian diingat kembali buat menghilangkan gundah
agar diri dan semangat menjadi gagah
kami pasti tak mungkin mengalah
ilmu dan pengalaman diberi sudah
setelah berusaha dan berdoa, terserahlah.

Saat terindah menjadi kenangan
menggamit seribu satu ingatan
buat para guru dan teman-teman
kita kini di bertebaran
bilakah mungkin dapat bersalam-salaman ?

Duhai guru-guru yang dikasihi
Terimalah kasih dan sayang kami
Lantaran berbudi tidak berperi
Untuk satu perjuangan hakiki
Kami kini mampu berdikari.

Terima kasih guru-guru INTESABER .
Jasa kalian tersemat di dalam dada kami sepanjang hayat.



p/s kami saaaaaayang cikgu..

Elegi Mei ini





Kawan-kawan!!!
May all of you under the blessings and barakah of Allah, and in the best of health and imaan.
Amiin..

Mei 2009.
The Zenithians dah mula berselerak di bumi Allah demi menuntut ilmu.
Masing-masing dah bawa diri.. Utara la, selatan la.
Yang bakal fly ke oversea pun ada.
Good luck to all!

Kawan-kawan, kejar cita-cita even sampai ke
bintang.
Kalaupun tak sampai ke bintang, sampai ke cloud 9 pun ok la.
Yang penting you all do your best and usaha sungguh-sungguh.
Betulkan?
Hope all of us will be excellent no matter where we are.
You are all you can be. Go on and be it.

"One has to remember that every failure can be a stepping stone to something better."
Col. Harland Sanders (1890 - 1980)
Harland David Sanders, better known as Colonel Sanders, was an American entrepreneur who founded Kentucky Fried Chicken (KFC).


Seciput tazkirah:
Manusia merancang, Allah yang menentukan termasuklah jatuh bangun seseorang insan. Apa pun yang bakal berlaku pada hari mendatang, semoga semuanya dalam peliharaan dan perlindungan Allah SWT.
Ya Allah, janganlah Engkau bebankanku dengan bebanan yang tidak sanggup aku pikul. Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang paling sempurna buat kita. We do not know what will happen tomorrow but Allah knows. Apakah yang akan berlaku terhadap kita pada masa hadapan kelak? Lagi 2-3 tahun?
Wallahualam.


First post! =P

Firstly, assalamualaikum WBT.

This is my first writing in blog, I feel so nervous as I don't really know what I suppose to write in this Zenith blog. I feel a bit surprise when Nad's Rant has invited me to join this blog as i don't know the existence of the blog. Thanks, Nad's Rant! For this impressive blog and also to the other blogger...hehe...this is the muqaddimah only...
Actually, I want the readers to read about a very surprising story or maybe called an incident that had happened to a little boy, I don't know where he lives but the more important thing is the main point of the story...hmm, maybe I should advise here, if you love eating 'kangkung' very much, you must continue your reading...=D
but if you cannot read or hear or touch the disgusting creature such as the small blood-sucking worm, please do not continue your reading, ok...
MySpace


You must be wondering what actually the story was about...hehehe
Ok..scroll down your mouse and let's enjoy the full story!!! =P
MySpace


Beware...!!!
Subject: Hati2 makan kangkung
Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda (when you want to eat kangkung)
Saya mendapat cerita ini dari seorang teman..
Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita 'diarhea'. Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun 'diarhea'nya tidak sembuh.
Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini.
Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.
Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea , malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan x-ray, ternyata dalam usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil.
Doktor 'surrender' dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apa pun.
Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia. Setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.
Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.
Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip di dalamnya. Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung..


I just heard this story from my mother's friend, actually she just forward the story to my mom through the e-mail...anything can be true or false...because we don't know if it is a real story... MySpace


But the main point is:
1) we better eat at
home than at restaurant because the hygiene is more controlled.
2) we must always be careful in everything we do.
Don't be angry to me if when you tell your mother about this, she won't ever cook kangkung for your lunch or dinner...it was happened to me., you know...hahaha 
-Anis Fatina- MySpace

»-(¯`v´¯)-»Attention!!!»-(¯`v´¯)-»



Everyone has been asking for an
update right??? Yes would be the answer.. As well as I am too.. But then again, what is it that u would expect to show up when u go to this site....








I have an idea to update the whereabouts of The Zenithians after many of us will go to new study place, especially those who took matriculation, foundation, diploma, utp, or etc.. That is still in the country.. not to forget if there are other that will have fly overseas..

And in order to do just that,
help is certainly needed.. If u got info about where The Zenithians are studying please let the admins of this blog know.. Someone will do it, or u can also write about your experience in your new study place and then ask from one of the admins to invite u to post your experience in this blog.. Just give them your email address and they will invite u then u can post yours.. Don't be hesitate nor shy..hehe.. ;p

Hope all of us will be excellent no matter where we are. You are all you can be. Go on and be it.



p/s: let me know if u guys have something to share like pics or experiences....

That's Really Unique!!!=)




Dari jauh, gambar ni nampak macam sekumpulan sushi yang disusun di atas sebuah dulang petak....Unik tak? MySpaceHaha...So, tekalah ni gambar apa sebenarnya...!!??MySpace

Foto Kelas Malam Pancaintiha 2008

*
*
5 Taufik



5 Hidayah



5 Rahmah



5 Maghfirah



5 Syakirah

*p/s: sape2 yg ade pics yg lg lawa dr pics yg ade ni inform admin, k?

Koleksi Malam Pancaintiha 2008



Aktiviti sebelum menjelang Malam Pancaintiha






Ucapan Pengarah Projek Malam Pancaintiha






King & Queen Malam Pancaintiha

Memori Puteri THE ZENITH 0408

Video ni diletakkan khas untuk The Zenith Batch semua...

Mungkin semua orang dah tengok tapi manalah tau ada antara kalian semua yang diganggu,terganggu,menganggu,atau sengaja menganggu-gugat kawan2 semasa menonton cite ni time annual dinner aritu, x nampak ke, cermin mata lupa bawak ke, ada duty sikit time dinner ke, menjenguk toilet kejap alih2 dah habis, x sempat tengok ke, x de time dinner....

n maybe ada jugak yang nak tengok kt Utube, tapi stuck2 la pulak, lembap downloadnye....

Ade gak yang dah lupe sikit sebanyak muka putri2 batch kte ni ke, boring2 x tau nak tengok cerita apa, dah lupa jalan ceritanya ke, x ingat la pulak sape pelakonnya, berlakon watak ape....

So, mohlah semua tinjau2 video ni yang diambil dari Utube jugak asal-usulnya.... mari2.... saje2 dok ingat balek kenangan2 di intesaber... hukhuk~~!! rindu kan!?? MySpace


PART 1

PART 2


Kejutan Aiskrim Pop Sundae



Kami, Pop Sundae merupakan sebuah band yang bertapak asas di SBPI Sabak Bernam, agak berani menonjolkan diri dalam persada arus perdana di sekolah ketika itu yang berpegangkan musik berbentuk mesej dan nasihat, secara khusus bergenrekan nasyid.

Permulaan persembahan kami pada tahun 2008 memberikan kejutan kepada banyak pihak terutamanya bahagian badan disiplin kerana pada ketika itu persembahan berinstrumen ini membawa kepada pemikiran sengkek rock, metal dan melalaikan.

Permainan musik kami bermula pada ketika waktu tingkatan 4 dan waktu itu hanyalah berbekalkan gitar akustik oleh saudara Wawi dan Kaka sekadar petik kosong dan hiburan semata, tiada tujuan khusus melainkan untuk melepaskan rasa bosan ketika waktu lapang. Aku waktu tu memang tak rapat sangat pun, kenal macam tu je. Selama setahun mengambil masa untuk memberikan keputusan teguh mengenai musik. Dan ketika itu banyak bergiat bergerak sama kumpulan nasyid sekolah. Dan pada tahun 2007 itu juga, banyak liputan mengenai kumpulan independent di Malaysia ini. Cuma tidak sampai di sekolah kita lagi, Aku dengar guna mp3 Sony hitam aku tu yg penuh dgn lagu-lagu yang pelik, Aizad dengar Muse kat mp3 dia. Zakwan dulu pun lagi layan mp3 Aizad, dia pernah pinjam sekali je mp3 aku, lepas tu da tak layan. Lagu independent ni mcm eksperimental bagi orang-orang baru, susah nak lekat kalau sekali je dengar. Waktu tu memang Wawi dengan ACAB, streets of uptown. Not bad jgkla, aku tak tahu ada juga yang layan lagu-lagu mcm ni. Hehe. Tahun tu jgk aku igt yg aku pernah bahas dgn Aizad psl band underground ni, dia dgn Muse dia jgk. Haha.
Pertengahan 2007, aku tgk Aizad dah pun dgr Hujan, dia bawa mp3 dia kat aku kasi aku dgr dan itulah 1st time aku dgr Hujan. Minda aku terus igt The Strokes time tu, tak tahu kenapa. Mungkin gaya strum dgn vocal Hujan kasi aku fikirkan The Strokes, pengaruh kot. Erm, tak sangka band Hujan tu boleh buat ala ala Strokes, menyampah ade jgk tp kagum pun ade. Time tu aku asyik layan lagu Aku Skandal, tp kat radio hit single Pagi yg Gelap. Heh.

2008 dtg dgn azam baru, dgr ura-ura Wawi nak buat band. Sampai mintak dgn Ustaz Ahmadi psl pelepasan bawa instruments. Mike time tu vox asal Pop Sundae ni, line up asal pun Mike(vox), Wawi(guitarist), Aizad(bassist) dan Dan(drum).

Persembahan pertama dkt DIK waktu mpsr tingkatan 4 tak silap aku. Waktu tu aku jd host utk MPSR tu, dan waktu tu jgk nama band tu last minute diaorg cipta, Three Days To Dateline. Bawa lagu Sepohon Kayu, Setelah dgn sikit part Bila Aku Sudah Tiada. Lepas habis persembahan, Ustaz Kamal dgn Cikgu Hasfarina tegur, erm dah agak. Mereka settlekn pasal instrument dgn pelepasan kat situ jgk. Hakikat, guru memang tak puas hati. Perubahan tu susahkan?

Waktu hias untuk rumah kuning kat bilik seni, hu ha hu ha pasal band ni walaupun takde siapa pun tahu ape nama band psl serious, mic time malam tu pecah dan tak best. Jadi kalian yg tahu pun akan cakap band rumah kuning psl ahli semua rumah kuning. Waktu tgh siap cat polisterin hiasan rumah tu, Aizad dtg kat aku, dia kata satu, THE SUNDAE. Nama band tu yg mereka nak cipta. Aku terkejut jgk, psl mmg ade band indie UK The Sunday, bunyi sama dgn Sundae tu. Jadi waktu tu aku kasi nama Pop kt depan, asasnya mereka main pop je time tu so Pop Sundae. Walah! Not bad. Aku letak nama Pop tu pun psl terigt Pop Malaya, Pop Kaki masa tu. Satu tu label t-shirt, lg satu brand skate. Pop Sundae memang patut dilahirkan. Even, Kaka ade ckp psl abg dia ckp Pop Sundae dtg dari 2 label tshirt, Pop Malaya dgn Super Sundae, ape aku kisah, Haha. Dan pun go on, dia positif je. Maklumlah, org kuat waktu tu, nampak cool on drum – lgpn tu instrumen trbesar kt stage. Haha. Dia pun sibuk jgk dgn nasyid. Erm, memang masing-masing ade hal sendiri. Semua instrument letak kat bilik muzik, barulah jadi bilik muzik. Kalau tak kosong je, adelah sikit percussion nasyid.

Pendekkan cerita, pergi ke persembahan majlis makan malam rumah biru dengan kuning. Katanya akan ada persembahan, memang nak buat something best time tu. Lg2 da dpt keizinan, siapa yg tak semangat. Mike masa tu kira sibuk dgn bola kot. Aku da lupa, tp memang jarang jam kat atas, aku gantikan tempat dia masa jam. Waktu tu Kaka pulak dengan Ibanez hitam dia, 2nd je. Haha. Aku masa tu praktis, alih alih aku jd vox pula time malam tu. Kira line up baru (dari atas) Am(vox), Wawi(lead), Aizad(bass), Kaka(rhythm) dan Dan(drum); semua wakil ikut kelas. Hehe. Persembahan malam tu dengan dress code yg agak cool, aku rasa kami macam Beatles, tak pun Click Five. Perasan!





Am (Vocalis) 
- 5 Rahmah




Wawi (Lead)
- 5 Hdayah








Dan (Drum)
5 Maghfirah



Kaka@Azri (Rhythm)
- 5 Syakirah







Ejad (Bass)
- 5 Taufiq




Waktu persembahan terakhir, masa Malam Kilauan Permata 2008. Heh, waktu tu memang lagi smgt, bygkn, Jam, Pojan, dgn semua tingkatan 5 2007 (senior) datang, dan sesetengahnya memang kadang-kadang lepak sama dgn kami, main gitar sama-sama. Kira nak poyo pasal band ni la. Kredit kat tuan pengetua a.k.a ayahanda, kasi chance. Masa tu yg handle kami, bajet manager si Abg Pian. Sorry kalau menyakitkan hati, tp hakikat. Buat apa nk hipokrit. Dia janji kat kami pasal gear yg best best, amps semua, yg kesian Dan lah, Abg Pian janji drumset mahal. Lepas kami nak bawa lagu Hujan tu, lagu cover yg memang dah biasa, Abg Pian dtg bawa lagu dia. Dengar macam lagu Budak Kacamata, Scoin semua. Bosan. Dia suruh kami bawa lagu dia, mula dia nak kasi member dia gantikan Wawi, pastu dia pulak nak nyanyi tukar dgn aku. Done. Kami ckp kat Ustaz Jaafar, dia handle dgn Abg Pian. Pastu sebelum beberapa hari persembahan, dia ckp gear tu semua takde. Korg on ur own. Sakit hati betul, tp memang dah agak, baik ade makne tu. Stres sgt, lagi-lagi psl gossip liar cakap pasal kami, tentang akademik kami sampai ke tingkatan 2 tersebar. Dan masa tu dah mmg nak stop, nasiblah dia pun okay lagi.

Malam tu semua okay dengan amps kecik 2 ketul. Walaupun aku tahu, orang semua dah bosan pasal lagu cover yg sama je tiap-tiap kali. Tapi satu je,

“Bagi kami muzik itu mengajar, memuas dan menyatukan kami sehingga sekarang kami masih berhubung dan sama-sama bercakap tentang satu perkara; muzik”

Sekian.
Penulisan aku si Am.





p/s: Tq to Am 4 da post n Ejad 4 da pics..



Permulaan Bagi Sebuah Pengakhiran?



Tersebutlah kisah kanak-kanak riang UPSR 2003, bertuah kerana menjadi kanak-kanak terpilih SBPI Sabak Bernam yang masyhur kejauhannya. 7 Januari 2004 jadi saksi, kanak-kanak ini disambut para abang dengan kakak yang di kemudian hari barulah kenal dengan feel mereka yang aneka ragam kemudian diikuti dengan pelajar ambilan kedua pada 24 Februari 2004. Maka bermulalah epik kembara 91 kanak-kanak terpilih ini di bumi SBPI Sabak Bernam yang hijau lagi permai.

Mereka bersatu hati meniti zaman peralihan dari kanak-kanak ke zaman remaja, bagai tranformasi ulat beluncas menjadi rama-rama nan indah.Sehari ke sehari, mereka menghadam segala macam ilmu, dari subjek-subjek yang diajar guru di dalam kelas, membawa ke mengenal makcik-makcik Dewan Makan a.k.a Kafe d' Ria yang mesra melayan keletah pelajar SBPI Sabak Bernam yang kelaparan, hinggalah tingkah laku para senior yang digeruni yang kelak bakal melekat jua pada jiwa kami tatkala status senior dalam genggaman. Membasuh baju sendiri, menyeterika, membersihkan halaman asrama bahkan tandas-tandas, sudah menjadi rutin mingguan dengan pelbagai variasi teknik yang diwarisi.

Rupanya umur yang tambah berkurang mendekatkan kami kepada Penilaian Menengah Rendah 2006. Semuanya fokus sepenuh-penuhnya kepada pelajaran, tanpa mengabaikan aspek kokurikulum jua. Yang dinanti akhirnya tiba, dihadapi dengan bekal ilmu, berlaukkan doa restu para guru dan ibu bapa, tak lupa tawakal pada Yang Esa. Sebelum debaran keputusan menyesakkan dada, kami menikmati aktiviti Post PMR hingga menggegar pantai Teluk Sekadeh dengan kerjasama pelajar STF, bersama mantan guru kami Sir Abdul Rashid Yaacob. Alhamdulillah, 49 rakan seperjuangan berjaya memecahkan tembok rekod yang dibina pelajar tahun-tahun sebelumnya dengan keputusan 9A, bersama keputusan 100% lulus. Tak dilupa, seorang rakan perjuangan kita jua terpilih antara salah seorang pelajar terbaik PMR negeri Selangor.

Kenangan-kenangan indah ini dibawa buat motivasi menempuh perjuangan SPM 2008. Tingkatan 4 kami harungi dengan rakan-rakan baru yang mendaftar pada 31 Januari 2007 seramai 50 orang, menggenapkan keluarga besar 140 orang pelajar tingkatan 4 2007. Lebih manis, atas idea mantan pengetua, Encik Halim Bin Mansor a.k.a Walid telah mewujudkan organisasi batch yang bergelar PERMATA. Bagai bulan jatuh ke riba, kami diketuai oleh Guru Cemerlang Matematik Tambahan, Puan Azizah Bt. Kamar yang begitu prihatin terhadap hal-ehwal pelajar tingkatan 4. Tingkatan 4 bukanlah tahun bulan madu buat kami, sebaliknya penuh berisi suntikan semangat dan bimbingan dari semua guru, khasnya guru-guru PERMATA 4 ketika itu.

Maju dan terus MAJU!...semangat itulah yang Puan Azizah pupuk dalam jiwa kami membawa ke Tingkatan 5 dengan organisasi PERMATA masih dipegang oleh Puan Azizah. Tutur jujur saya mengatakan kami bukanlah batch terbaik, batch idaman para guru namun kami BANGKIT menyahut cabaran yang mendatang itu. Itulah yang kami buktikan dalam PMR 2006 yang ingin kami ulangi dalam SPM 2008. Penuh iltizam dan tekad, kami sentiasa berusaha untuk meningkat prestasi akademik kami, di samping menjaga akhlaq dan disiplin kami kerana keberkatan ilmu kami terletak pada keredaan guru-guru kami. Peristiwa indah tetap terukir jua, Malam Panca Intiha yang berlangsung di Hotel De Palma Kuala Selangor mendapat perhatian para guru, yang terisi dengan pelbagai program dan acara yang menarik. Malam itu jugalah yang mempopularkan nama 'The Zenith', yang akhirnya termaktub menjadi nama batch kami.


***

12 Mac 2009 mengundang gelisah. Dari Kuala Lumpur, bahkan Kedah sanggup bertandang lagi ke SBPISB, dek kerana debaran keputusan SPM 2008. Syukur pada-Nya, Gred Purata Sekolah tahun 2008 menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 2007[baca lanjut di sini]. Lantas sekolah telah menobatkan Nur Hanani Bt Ruzman sebagai Pelajar Terbaik SPM 2008 dengan keputusan 11A1, manakala Izzaty Ulya Munirah Bt Abd Aziz selaku penerima Anugerah Emas SPM 2008[baca lanjut di sini].

Adakah ini semua permulaan bagi sebuah pengakhiran? Justeru blog ini terhasil bagi mengumpulkan informasi berkenaan para pelajar The Zenith SBPI Sabak Bernam 0408. Moga ianya terus dapat bermanfaat buat anda semua^_^.

Keputusan Kemasukan ke IPTA Sesi Akademik 2009/2010


UiTM
Syahmi - Sarjana Muda Sains (Seni Bina)
Ulya - Asasi Sains
Fauzan - Asasi Sains
Dyana - Asasi Sains
Anis Fatina - Asasi Sains
Muiez - Asasi Sains Fizikal
Syakirah - Asasi Undang-undang
Hilmi (Tun) - Asasi Undang-undang
Syafiq Zaharin - Asasi Kejuruteraan
Amalina - Asasi Kejuruteraan
Ikram Bahaudin - Asasi Kejuruteraan
Amirul Asmari - Asasi Kejuruteraan
Izulaikha - Diploma Fisioterapi
Fadhli 'Ammar - Diploma Kejuruteraan Awam
Nabil Ashraf - Diploma Kejuruteraan Awam
Hafizah Kamal - Diploma Kejuruteraan Awam
Izrol Ikbal - Diploma Kejuruteraan Awam
Haswani - Diploma Perakaunan
Azim Syahmi - Diploma Perakaunan
Farah Akillah - Diploma Komunikasi & Media
Salmi - Diploma Statistik
Hafizah Hafinas - Diploma Perniagaan
Syamimi - Diploma Teknologi Makanan
Raudzah - Diploma Teknologi Makanan
Izzat - Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)
Irman - Diploma Pengurusan Ladang
Nadiy - Diploma Pengurusan Bank


UM
Kamil - Asasi Sains Hayat
Aizad - Asasi Sains Hayat
Syameem - Asasi Sains Hayat
Naim - Asasi Sains Hayat
Nadiah - Asasi Sains Hayat
Ibrahim - Asasi Sains Hayat
Fitry Iskandar - Asasi Sains Hayat
Taufiq - Asasi Sains Hayat
Zulhelmi - Asasi Sains Hayat
Ahmad Syafiq - Asasi Sains Fizikal
Azwan - Asasi Sains Fizikal
Najwa Syakira - Asasi Sains Fizikal
Faheem - Asasi Sains Fizikal
Insyirah - Asasi Sains Fizikal
W.A.Syahir - Asasi Sains Fizikal
Fatin Izzati - Asasi Alam Bina
Zulfazrin - Asasi Alam Bina
Najib - Asasi Alam Bina
Fakharuddin - Asasi Pengajian Islam & Sains
Hazirah - Asasi Usuluddin



UIAM
Nailul Awatif - Asasi Kejuruteraan
Azri - Asasi Kejuruteraan
Hanani Ruzman - Asasi Perubatan
Syazana - Asasi Sains Hayat
Hakim - Asasi Sains Fizikal
Nadhirah - Asasi Senibina & Rekabentuk Alam Sekitar
Ummi Maryam - Asasi Ekonomi & Sains Pengurusan
Rasyid - Asasi Kejuruteraan & Sains Komputer
Adzmir - Asasi Kejuruteraan & Sains Komputer
Irsyaduddin - Asasi Kejuruteraan & Sains Komputer
Hairi - Asasi Kejuruteraan & Sains Komputer
Danial - ?

USIM
Amirah Izzati - Tamhidi Sains & Teknologi
Izzatie - Tamhidi Sains & Teknolgi
Aqilah - Tamhidi Sains & Teknologi
Hamizah - Tamhidi Sains & Teknologi
Ain Nabilah - Tamhidi Pergigian


UPM
S.N.Nabila - Asasi Pertanian
Nasrullah Mujaddidi - Diploma Pertanian
Adam Shah - Diploma Perikanan


UPSI
Natrah - Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak


UMT
Nasaruddin - Diploma Perikanan


UTHM
Diyana - Diploma Kejuruteraan Awam








p/s:
Ini setakat yg diketahui sahaja. Kalau ada kesilapan atau penambahan sila beritahu...!!

Facebook